Monday, December 6, 2010

Penipuan Melalui SMS

Perhatian untuk semua pengguna telefon bimbit. Jika anda menerima sms melalui nombor ini sila abaikan kerana ianya penipuan semata.mata.

Baru-baru ini anak saya ada menerima sms dari no. telefon bimbit +6285216641764 yang menghantar sms berbunyi seperti berikut:

'Ni ayah pinjam Hp. kwan, sla bli Topup RM30, msg shja No Pin nya ke no. bru ayah 0128651715 ayah lg ad maslah kat blai polis, tak payah di tlpn skjap ayah yg tlpn cpt'

Selepas menerima sms ni anak saya pun merasakan agak panik dan terus membeli topup, memikirkan yang si ayahnya dalam kesusahan dan kuatir jika tidak berbuat demikian akan menyebabkan si ayah tidak dapat membuat panggilan. Dia pun sms balik dan beri pin nombor ke nombor yang diberi tadi.

Sebaik sahaja sms dihantar, tiba-tiba terima lagi satu sms yang baru meminta anak saya sms topup sebanyak RM60 pula. Si anak yang jujur ni baru tadi di beli topup RM30 sekarang minta tambah lagi dan dia pun menelefon saya dan dia juga sedar ini adalah penipuan semata-mata.

Apa yang terfikir di dalam fikiran saya, apalah punya manusia ini sanggup menipu hanya untuk penggunaan telefon bimbit sahaja. Banyak pekerjaan yang halal yang boleh dilakukan.

Kepada semua pengguna telefon bimbit, berhati-hati dengan sms ini. Semoga Allah swt membalas perbuatan mereka yang tidak bermaruah ini terhadap mereka yang teraniaya.